fbpx

Anuar Zain Bantu IJN Selepas Pengalaman Pembedahan Jantung Ayah Sendiri

Sepuluh tahun dulu bertempat di Institut Jantung Negara (IJN), bapa kepada Anuar Zain iaitu Zain Abdullah telah menjalani pembedahan jantung dan pengalaman berada di samping bapanya ketika itu menjadi punca penyanyi ini mahu bekerjasama untuk satu kutipan dana.

Anuar Zain bersama IJN akan menganjurkan majlis makan malam amal di The Majestic Hotel pada 5 Disember 2014 nanti bertujuan untuk mengutip dana bagi mewujudkan sebuah kumpulan sokongan Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN.

“Saya rasa dekat dengan IJN kerana bapa saya pernah melakukan pembedahan di sini 10 tahun lalu, ketika itu perasaan susah hati dan memang sukar untuk digambarkan apabila kita sentiada reda apa juga kemungkinan yang akan terjadi selepas pembedahan itu”

“Alhamdulillah, bapa saya selamat melakukan pembedahan tersebut dan sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di IJN, saya juga selalu datang sini untuk menghantar bapa saya mendapatkan rawatan susulan.” ujarnya kepada mStar Online.

Pakar Klinikal Pusat Jantung Kanak-Kanak Dan Kongenital, Dr Marshisham Che Mood berkata pemilihan Anuar Zain adalah berikutan artis itu merupakan ikon kasih sayang & penyanyi itu bukan sahaja disayangi oleh golongan kanak-kanak, malah semula lapisan masyarakat.

Anuar Zain bakal menyanyikan lebih 12 buah lagu sepanjang sejam persembahan berlangsung pada majlis itu dan tiket untuk majlis makan malam ini boleh dibeli melalui TicketCharge di talian 03 92228811 atau melayari www.ticketcharge.com.my. (rtky/m)