fbpx

“Antara Kami,Kita Lihat Siapa Dapat Anak Dulu”

Tidak bergurau dan betul-betul serius, penyanyi rock lagenda, Amy Search mengakui bahawa dia ingin menambah cahaya mata lagi seperti yang dipetik melalui BH Online. Memang berlumba dengan Nabila Huda nampaknya nanti siapa dapat baby dulu.

BACA: Jatuh Pentas, Amy Search Terseliuh Bahu & Luka Ibu Jari

“Saya memang teringin untuk mempunyai anak lagi. Memandangkan Nabila baru saja mendirikan rumah tangga, saya juga ada katakan padanya, saya mahu lihat siapa antara kami yang akan terlebih dulu menimang cahaya mata?” kata Amy kepada portal berita tersebut.

Sebelum ini, Amy juga pernah memuatnaik gambar di Instagram yang menunjukkan dia sedang mengendong anak patung sambil disaksikan isterinya, Norhasniza Hassan atau Norish.

Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen namun rata-rata peminat memberikan komen positif dan mengalu-alukan keinginan Amy untuk mempunyai anak lagi. Selamat berjaya Amy dan Nabila dalam mendapatkan cahaya mata baru. (rtky/s)