fbpx

Anita Sarawak Kembali Aktif Menyanyi Di Las Vegas

Kali terakhir kita semua mendengar kisah tentang Anita Sarawak adalah pada Julai 2012 yang lalu apabila ada yang mengatakan penyanyi ini sudah pun bertudung litup di Texas, Amerika Syarikat.

BACA: Dua Tahun Hilangkan Diri & Anita Sarawak Kini Telah Bertudung

Masuk tahun ketiga menghilangkan diri dari dunia hiburan Malaysia, Anita Sarawak di’katakan kembali ke Amerika Syarikat untuk kembali aktif menghiburkan peminat di Las Vegas.

Laporan Harian Metro menyebut yang Anita Sarawak menghiburkan para pengunjung di Cleopatra’s Barge, Caesar’s Palace setiap hujung minggu dengan iringan band dianggotai pemuzik kulit hitam, Rhythm Nation.

Tidak pula di’sebut tentang sejauh mana kebenaran Anita Sarawak kini sudah bertudung litup tetapi ini tetap berita yang baik kerana beliau masih aktif dalam dunia hiburan walaupun jauh nun di’sana.