fbpx

Anita Sarawak Kini Berpisah Dengan Mahathir?

Apabila membuka kembali kisah Anita Sarawak yang sudah lama kita tidak dengar, perkara yang sampai di pengetahuan kami, masih lagi samar-samar, namun kami yakin ramai peminat Anita Sarawak sentiasa mendoakan yang terbaik buat penghibur bertaraf antarabangsa ini.

BACA: Anita Sarawak Kembali Aktif Menyanyi Di Las Vegas

Melalui forum CARI, Anita didakwa telah bercerai dengan suaminya Mahathir dan membawa diri ke Vegas namun perkara ini masih belum mendapat apa-apa pengesahan daripada pihak Anita sendiri.

Menambah kerinduan peminatnya di sini lagi apabila hari lahirnya baru sahaja berlalu pada 23 Mac lalu dan jika dibuka kembali kisah mengenai Anita pada tahun 2012 di Berita Harian, bekas pelakon dan model era 1980-an dan juga insan yang rapat dengan Anita, Noorkumalasari, mengakui bahawa hati Anita terluka ketika waktu itu.

Bagaimanapun, Noorkumalasari yang juga merupakan adik tiri kepada Anita itu menafikan bahawa pasangan itu telah bercerai dalam satu kenyataan pada tahun 2014, melalui akhbar sisipan Berita Harian.

Melalui tinjauan kami di laman sosial yang lain, ramai peminat Anita berharap agar artis pujaan mereka ini pulang terus ke Malaysia dan meneruskan kehidupan di sini. Apa-apa pun, kami harapkan yang terbaik untuk penyanyi ini. (rtky/syfq)