fbpx

Anis Al Idrus Akui Berpisah Jalan Terbaik

Tidak mahu mendedahkan punca sebenar mereka putus cinta, Anis Al Idrus mengakui perpisahan merupakan jalan terbaik buat pasangan ini selain redha dengan perkara tersebut demi kelangsungan masa depan masing-masing.

BACA: Sharnaaz Ahmad Akui Sudah Kembali Solo

“Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami. Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam”

“Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Anis lagi, dia sendiri sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu dan percaya apa yang terjadi kini merupakan ujian Allah dan yakin ia mempunyai hikmah tersendiri selain mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya. (rtky/s)