fbpx

Anak Jins Shamsuddin Nafi Ayah Semakin Uzur

Mengakui terkejut dengan penyeberan gambar ayahnya, Jins Shamsuddin yang kelihatan sangat uzur, Putera Hang Jebat menyatakan bahawa bapanya itu sihat dan kini berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Anak Jins Shamsuddin Nafi Ayah Semakin Uzur - ROTIKAYA20150202_0167

“Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu. Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus”

“Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah,” katanya seperti yang dipetik daripada Harian Metro.

Menurut Jebat, bapanya yang kini berusia 80 tahun itu hanya menghidapi Alzheimer dan kini dijaga dengan baik oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Kelang, Selangor.

Selain itu Jebat menambah, dia datang melawat bapanya setiap hari namun kadangkala bekas bintang filem era 60-an itu tidak mengenalinya berikutan penyakit Alzheimer yang dihidapi. (rtky/syfq)