fbpx

Anak Inspirasi Fasha Sandha Mulakan Jenama Pakaian Kanak Kanak

Baru baru ini telah berlangsung majlis sambutan hari lahir yang kedua Putra Rayfal Ramli iaitu anak sulung kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha telah diadakan semalam di Kelab Diraja Selangor dan ianya meriah dihadiri oleh rakan dan ahli keluarga.

Antara 200 tetamu yang hadir ke majlis itu termasuklah Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Erin Malek, Putri Balqish dan Eina Azman.

BACA: Fasha Sandha Tidak Percayakan Orang Gaji Untuk Jaga Anak

Bercakap kepada mStar Online tentang perkembangan terbaru hidupnya, Fasha Sandha berkata dirinya kini sedang melalui fasa kehidupan seorang wanita yang sempurna dan matang selain tiada apa yang dimahukan lagi selepas dikurniakan keluarga sebahagia ini.

“Tiada apa lagi yang saya inginkan kerana Allah sudah memberi saya sebuah kehidupan seorang wanita yang bahagia. Apa yang penting ialah menjaganya dan meletakkan ia ditempat paling atas dalam kehidupan saya,” ujar Fasha Sandha.

Dalam pada itu, Fasha Sandha khabarnya bakal memperkenalkan jenama pakaian kanak kanak beliau sendiri yang diinspirasikan dari anak lelaki termasuk anak tirinya Putra Rayqal.

“Saya akan keluar dengan label baju kanak-kanak jenama Jiwa yang saya dedikasikan kepada anak lelaki saya iaitu Rayfal dan Rayqal.Produk kecantikan Jemaima untuk anak perempuan saya, jadi pakaian ini saya buat untuk mereka pula. Setakat ini sambutan baik melalui online,” ujarnya.

Bagus Fasha Sandha mulakan perniagaan dedikasi untuk anak anak dna juga untuk masa hadapan mereka juga. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Putera Rayfal untuk tatapan anda. Enjoice! (rtky/m)