fbpx

Anak Cemerlang SPM, Rozita Che Wan Bakal Hadiahkan BMW X6

Hey ho! Kami di sini ingin memohon Rozita Che Wan mengambil kami semua sebagai anak angkat dan kami sanggup repeat paper SPM untuk sebuah BMW X6 yang bernilai RM500,000 itu.

Semua sudah sedia maklum yang anak kepada Rozita Che Wan, Ammar Effendy telah berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru baru ini dengan memperoleh 8A dan pastinya ini sesuatu yang harus dibanggakan oleh selebriti itu.

BACA: Salah Guna Nama, Rozita Che Wan Kerugian RM500,000

Dalam satu temubual bersama media baru baru ini, Rozita Che Wan mendedahkan yang anaknya itu mengimpikan sebuah kereta sport sebagai hadiah berjaya dalam SPM dan isteri kepada Zain Saidin itu nampaknya mahu merealisaikan impian anaknya.

Rozita Che Wan memberitahu yang beliau ingin menghadiahkan sebuah BMW X6 yang menjadi keinginan anak lelaki kesayangannya itu namun perlu menunggu kerana beliau mahu selesaikan urusan membeli kereta untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

Rozita Che Wan dan suami merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar memandangkan beliau kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah. Bertuahnya menjadi anak Rozita Che Wan. (rtky/m)