fbpx

Amyra Rosli Nafi Mula Minta Bayaran Tinggi Untuk Berlakon

Nama pelakon ini antara nama yang sering disebut sepanjang tahun 2014 sebagai pendatang baru yang akan lebih menyinar di tahun tahun mendatang dan kerana itu jugalah ada cakap cakap yang mengatakan Amyra Rosli kini sudah pandai jual mahal soal lakonan.

BACA: Amyra Rosli Akui Kini Solo & Tiada Ikatan Dengan Mana Mana Lelaki

Bercakap kepada media baru baru ini, Amyra Rosli menafikan dakwaan beliau kini sudah pandai meletakkan harga melampau untuk berlakon dalam satu satu produksi.

“Myra tidak oernah berkira dalam soal bayaran atau memilih watak. Semakin laku bukanlah alasan untuk Myra naikkan harga. Selagi boleh berbincang, kita akan berunding untuk kebaikan kedua dua belah pihak,” ujar bintang drama bersiri Suamiku Encik Sotong ini.

Amyra Rosli turut berkata beliau lebih selesa untuk mengambil satu tawaran kerja sahaja dalam satu satu masa kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Myra rasa susah bekerja dalam dalam situasi terkejar kejar untuk ke lokasi penggambaran lain, itu akan menyebabkab masa orang lain terbuang sebab menunggu kita,” tambahnya. (rtky/m)