fbpx

Amy Search: Tiada Persiapan Kahwin Nabila Huda

Sebelum ini ada ura ura mengatakan yang Nabila Huda sudah membawa pulang kekasihnya untuk bertemu dengan Amy Search dan memohon restu untuk melangsungkan perkahwinan. Namun Amy Search sebelum ini sudah memaklumkan ianya hanya pertemuan biasa.

BACA: Amy Search Maafkan Kekasih Nabila Huda, Restu Hubungan Cinta

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Amy Search masih terkejut dengan khabar tersebut kerana beliau dan Nabila Huda tidak pernah berbincang akan perkara ini.

“Eh, saya pun tidak tahu yang dia nak berkahwin kerana tiada perbincangan mengenai perkara itu antara saya dan Nabila. Apatah lagi persiapan kahwin seperti yang diperkatakan,“ katanya.

Dalam temubual sama, Amy Search berkata Nabila Huda bakal menjadi artis undangan di konsert solo beliau yang akan berlangsung di Singapura dan mereka berdua akan menyampaikan dua buah lagu secara berduet di atas pentas nanti.

“Mungkin kami juga akan berkongsi pengalaman hidup kami sebagai ayah dan anak sebelum memulakan persembahan. Tak pasti lagi,“ tambah Amy Search lagi. (rtky/m)