fbpx

Amy Search Sudah Malas Ambil Pusing Soal Nabila Huda

Biarlah mereka urusan anak beranak kenapa kita perlu sibuk menyelak kain. Seperti biasa kerana ianya menarik untuk diambil tahu kalau tidak masakan anda sampai ke sini. Sep sikit!

Baru baru ini, jadi satu perbualan ramai apabila ada pengikut di Instagram Nabila Huda mengajak selebriti itu untuk menukar agama dek kerana pilihan dalam gaya hidup yang dibuat beliau sejak akhir akhir ini — dan ajakan itu lebih kepada sindiran kami kira.

BACA: Gaya Hidup Bebas, Peminat Di Instagram Ajak Nabila Huda Tukar Agama?

Bapa kepada Nabila Huda, Amy Search telah dihubungi media untuk memberikan kenyataan berhubung isu terbaru ini kerana anak perempuannya itu kini masih berada di Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas secara peribadi.

“Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya kini tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja.

“Saya tidak akan bercerita kepada media. Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,‘ ujar Amy Search kepada Sinar Harian.

Dari kenyataan Amy Search, kami kira beliau bukan malas untuk ambil peduli tentang anaknya itu dan siapalah tidak sayangkan anak sendiri tetapi beliau sudah malas untuk memberikan apa apa kenyataan kepada media kerana risau akan dimanipulasi. Tindakan bijak. (rtky/m)