fbpx

Pakar Motivasi Anggap Search Pengaruh Negatif Untuk Belia

Seorang pakar motivasi menerusi akaun Facebook beliau baru baru telah memuatnaik satu status yang telah mengundang rasa kurang senang di kalangan para peminat muzik rock terutamanya pengikut setia kumpulan Search selepas menyamakan mereka dengan ‘hantu’.

Penampilan kumpulan Search di Festival Belia Putrajaya baru baru ini nampaknya tidak disenangi oleh pakar motivasi ini secara peribadi kerana mengganggap ianya satu pengisian yang negatif buat belia di Malaysia yang menghadiri konsert itu.

BACA: Buka Sekolah Tahfiz, Amy Search Anggap Bekalan Akhirat

Screen Shot 2015-05-26 at 4.40.57 PM

Namun, Amy Search selaku wajah kumpulan ini tidak melatah dengan apa yang ditulis oleh pakar motivasi tersebut malah menasihatkan beliau sebagai seorang yang menjadikan motivasi sebagai gaya hidup untuk lebih positif dengan kata kata yang dikeluarkan.

“Apakah jika lagu lagu yang ku syairkan itu dapat mengembira hati mereka & dijadikan sebahagian perjaalnan hidup mereka untuk berjaya itu satu dosa?”

“Jangan dihina belia belia itu kerna mereka itu sebahagian dari aku dan aku juga sebahagian dari mereka yang punya cita. Tutur kata seorang motivasi itu seharusnya indah lagi mulia,” tulis Amy Search di akaun Instagram beliau baru baru ini.

Ketika artikel ini ditulis, pakar motivasi tersebut sudah pun menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan berkata akan bertemu dengan Amy Search dalam masa terdekat untuk memohon maaf secara peribadi atas ketelanjuran tulisan beliau tersebut. (rtky/m)