Oleh RotiKaya Staff pada
07 June 2013, 12:06PM

Tajuk tidak boleh lagi cliché agaknya? Heh. Ramai juga sebenarnya peminat dunia hiburan yang peduli dengan perkahwinan Amar Asyraf yang di’ketahui secara mengejut beberapa hari yang lalu.

Menerusi akaun Twitter beliau, Amar Asyraf mengesahkan yang sudah bergelar suami kepada Arna Salleh dalam satu majlis pernikahan yang belangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.

Amar Asyraf juga menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan wang hantaran berjumlah RM13,000 kepada pihak perempuan selain membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

“Untuk majlis ini saya dan Arna memang tidak mengundang rakan media atas alasan privasi. Bagaimanapun saya tetap mengundang rakan media untuk majlis bertandang di Melaka, pada 17 Ogos nanti”

Tahniah untuk Amar Asyraf dan Arna Salleh serta keluarga mereka atas penyatuan dua hati ini. Semoga sampai syurga.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...