fbpx

Alyah Terancam Kerana Peminat Taksub Elly Mazlein

Gara gara tidak dapat menerima kritikan ikhlas juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3) iaitu Datuk Ramli MS kepada Elly Mazlein, kini isteri komposer tersebut, Alyah turut menjadi sasaran peminat Elly.

BACA: Rumah Dipecah Masuk, Alyah Kehilangan Beg Tangan

“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil. Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis”

“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami. Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” jelasnya kepada Harian Metro.

Boleh tahan juga tahap fanatik peminat sehinggakan berlanjutan kepada pihak lain. Sebagai manusia berakal, patutnya tahulah mana nak bezakan perkara baik dan buruk. Taksub tak bertempat, main hentam saja mana sempat. (rtky/s)