fbpx

Almy Nadia Naik Angin Adik Dibuli Pelajar Senior

Berpunca daripada keadaan adik bongsunya sendiri yang dipukul di sekolah berasrama, Almy Nadia baru-baru ini telah memuatnaik gambar laporan polis dan juga meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap sekolah tersebut.

BACA: Almy Nadia: Saya Tidak Kisah Gemuk Kerana Anak

Almy Nadia Naik Angin Adik Dibuli Pelajar Senior - ROTIKAYA

Melalui petikan luahan perasaan penuh emosinya di OHBULAN!, Almy mempertikaikan sekolah dan juga guru-guru yang didakwa tidak endah dengan perkara yang terjadi demi menjaga nama baik sekolah. Lebih teruk lagi, pelakon ini menjelaskan bahawa adiknya adalah antara mangsa pukul paling teruk sekali.

Melalui perkongsian itu juga, banyak komen yang turut menceritakan situasi yang sama dengan keadaan yang pernah dialami oleh adik bongsu Almy tersebut. Bagaimanapun, Almy telah memadam gambar tersebut selain turut dinasihatkan peminatnnya agar tidak melayan perkara berkenaan daripada terus berlanjutan.

Apa-apa pun, semoga adik bongsu Almy cepat sembuh dan dapat meneruskan kembali pengajian seperti biasa serta semoga Almny sekeluarga jumpa jalan penyelesaian terhadap kejadian ini. (rtky/s)