Aliff Aziz: Tidak Menyesal Mengenali Anne Ngasri, Satu Kehilangan Besar | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
22 November 2012, 12:11AM

Aliff Aziz: Tidak Menyesal Mengenali Anne Ngasri, Satu Kehilangan BesarPetang semalam merupakan kemunculan pertama Aliff Aziz selepas bekas kekasihnya, Anne Ngasri bertunang beberapa minggu lalu — pertama selepas putus cinta juga.

Bercakap kepada media di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular ke 26, Aliff Aziz berkata beliau sekarang ini tidak mahu memikirkan sangat soal itu & lebih fokus kepada kerjaya.

“Saya kini lebih fokus kepada kerja. Memang sedikit sebanyak saya merasa sedih tetapi saya luangkan masa dengan keluarga untuk cuba melupakan semuanya — juga ke gym”

Aliff Aziz berkata beliau bersyukur Tuhan pernah hadirkan Anne Ngasri dalam hidup beliau dan tidak pernah rasa menyesal berkenalan dengan bekas kekasih’nya itu selama ini.

“Dia seorang wanita yang sempurna dan secara jujur bersama Anne Ngasri merupakan perasaan yang betul betul cinta,” ujar Aliff Aziz lagi mengulas kisah cinta beliau.

“Anne (Ngasri) tidak pernah buat apa apa kesalahan pada saya — dia menjaga saya dari atas sampai bawah dan ini satu kehilangan yang besar buat saya pada mulanya”

Aliff Aziz turut mendedahkan yang beliau kini sudah tidak lagi berhubungan dengan pihak keluarga Anne Ngasri seperti dahulu dan berterima kasih kerana selama ini ada menyokong.

“Orang label saya playboy? Orang lain tidak tahu apa yang saya lalui dan 8 bulan bersama Anne Ngasri merupakan yang terindah dalam hidup saya — bakal suami dia seorang yang bertuah,” ujarnya lagi.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...