fbpx

Aliff Aziz Nafi Terlibat Kes Curi Telefon Bimbit, Bayar Denda Untuk Selesai Kes

Kecoh juga dunia hiburan semalam apabila ada laporan media menyebut yang Aliff Aziz mungkin dikenakan hukuman penjara sekiranya gagal melunaskan denda sebanyak SG$2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit.

BACA: Aliff Aziz Hilangkan Diri Kerana Masalah Kewangan?

Memberikan kenyataan kepada portak Murai, Aliff Aziz berkata yang beliau merupakan mangsa keadaan yang berada di tempat dan masa yang salah dan menjadi polisi biasa pihak berkuasa di Singapura untuk menahan semua suspek di lokasi serbuan bagi menjalankan siasatan.

“Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu. Saya bayar SG$2,000 adalah untuk selesaikan kes ini supaya memudahkan saya membuat urusan kerja saya di Malaysia”

“Undang-undang di sini, sama ada saya mencuri atau pun tidak, saya tetap dikenakan denda kerana disyaki subahat. Namun hakikatnya, saya tidak mencuri”

”Teman saya itu sudah pun menerima pembalasan setimpal kerana dimasukkan ke penjara dan dijatuhkan hukuman. Saya harap penjelasan ini akan memulihkan semula imej saya yang tercalar. Saya teraniaya dengan sikap kawan sendiri dan berharap dia akan berubah,“ jelasnya.

Aliff Aziz turut memaklumkan yang passport antarabangsa beliau yang dirampas akan dipulangkan semula dalam seminggu dua lagi dan selepas itu beliau akan kembali ke Malaysia untuk jadual kerja seperti sebelum ini. (rtky/m)