fbpx

Aliff Aziz Akui Banyak Berubah Untuk Bakal Tunang

“Insha Allah kalau ada jodoh bulan Disember ini bertunang dan akan bernikah pada tahun depan. Sudah ada tarikh tetapi perancangan ini dibuat oleh ibubapa kedua-dua belah pihak dan saya perlu hormati apa yang mereka telah uruskan,” itulah pendedahan yang dilakukan oleh penyanyi yang sering dihimpit kontroversi, Aliff Aziz yang bakal bertunang Disember ini.

Dalam pada itu Aliff Aziz memberitahu dia memilih Bella sebagai bakal isterinya kerana memiliki ciri-ciri wanita yang dikehendakinya serta keluarga Bella yang boleh menerimanya seadanya walaupun sebelum ini Ibu Bella pernah melarang mereka untuk berkawan.

BACA: Aliff Aziz Minta Maaf Kontroversi Gambar Mesra Dengan Kekasih

“Aliff rasa sebab sudah banyak cerita cinta putus Aliff, jadi kali ini bila sudah berumur 24 tahun sama-sama Aliff nak naikkan kerjaya Aliff dengan orang-orang yang betul mahukan Aliff. Mula-mula memang teruk jugalah dengan tohmahan orang”

“Bila berkawan dulu mama dia tak suka macam ialah siapa yang nak anak dia berkawan dengan seorang yang penuh dengan cerita bukan-bukan tapi lama kelamaan dia banyak memberi Aliff sokongan dan dorongan untuk berubah apa yang patut. Alhamdulillah sekarang ini keluarga dia sudah boleh menerima Aliff,” tambahnya.

Bagi Bella pula selaku kekasih Aliff dia menjelaskan bahawa Aliff Aziz berbeza seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai.

“Dia sangat menghormati Bella dan tak pernah cakap kasar serta berbeza dengan apa yang orang cakap. Bagi Bella benda lepas kita tak boleh nak patah balik dan biarlah berlaku. Bella harap kerjaya dia naik balik macam dulu,” katanya penuh gembira.

Bagaimanapun Aliff Aziz berkata dia berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan-kesalahannya yang lepas dan berharap agar menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

“Aliff janji tak ulangi benda-benda besar seperti dulu dan berharap dapat menghindarkan perkara-perkara lepas,” tambahnya lagi. (rtky/h)