fbpx

Alif Satar Akui Tidak Percaya Pengasuh Kanak-Kanak

Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 31 Mei lalu, melalui Harian Metro hari ini, Alif menyatakan sendiri bahawa dia sememangnya tidak percayakan pengasuh kanak-kanak kerana terkesan dengan sikap sesetangah pengasuh yang mendera bayi.

BACA: Alif Satar Selamat Timang Anak Sulung

“Sejak berkahwin lagi kami memang tidak ambil pembantu rumah. Malah ketika isteri mengandung dan selepas bersalin, saya sendiri masih mampu menguruskan rumah seorang diri. Malah saya lebih selesa dengan cara sedemikian”

“Jika segelintir pihak selesa menghantar anak mereka ke rumah pengasuh, tidak bagi kami yang sebolehnya mahu mengurus dan menjaga anak sendiri. Saya takut membaca kisah malang yang menimpa anak-anak di tempat asuhan atau pusat jagaan harian,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, menurut Alif, dia juga dalam masa yang sama tidak menghalang jika isterinya mahu kembali bekerja selepas habis pantang nanti. Apa pun, semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan dilimpahkan rezeki berterusan. (rtky/s)