fbpx

Alif Satar Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada Alif Satar kerana kini telah bergelar bapa setelah isterinya, Sha Dila selamat melahirkan Alisha, seorang bayi perempuan pukul 9.25 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Alif Satar & Sha Dila

Alif-Satar-Selamat-Timang-Anak-Sulung---ROTIKAYA_in-text

“Amanah dan anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepadaku dan suami. Sebak hati ni nak gambarkan perasaan sekarang. Inshaa Allah akan ku jaga bayi ini sebaik mungkin, ya Allah ya Tuhanku. Alhamdulillah and thank u all for your beautiful doa and wishes,” kata isterinya di Instagram.

Berita gembira tersebut menerima reaksi positif daripada peminat-peminat Alif yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan isteri penyanyi itu sebelum bersalin sehinggalah di saat kelahiran anak sulung keluarga kecil ini.

Apa pun, semoga keluarga baru Alif dan Shad yang telah selamat diijabkabul pada 15 September lalu ini akan sentiasa dilimpahi kegembiraan dan juga dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)