Akui Sering Keluar Bersama, Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Fazura


Oleh RotiKaya Staff pada
13 June 2013, 8:06AM

Semalam, gossip timbul mengatakan Shaheizy Sam & Nur Fazura kini sedang hangat bercinta selepas peminat nampak mereka keluar bersama berpegangan tangan di pusat membeli belah. Hmm.

BACA: Shaheizy Sam dan Nur Fazura Kini Bercinta?

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Shaheizy Sam sendiri telah tampil menjelaskan yang ini bukan pertama kali soalan tentang percintaan ini di’ajukan kepada beliau dan sudah lali dengan gossip.



“Saya akui memang saya dan Fazura teman rapat tetapi kami tiada apa apa ikatan. Cukuplah saya katakan kami kawan dan akan terus berkawan,” jelas Shaheizy Sam yang mengenali Fazura sejak 2008.

Berkenaan peminat ternampak beliau berpimpinan tangan, Shaheizy Sam menjelaskan yang wanita tersebut merupakan ibunya dan peminat mungkin keliru kerana wajah ibunya dan Fazura kelihatan hampir sama.



“Kalau ada dakwaan mengatakan saya dan Fazura sering keluar bersama, saya akui ya kami selalu keluar tetapi secara faktanya hubungan itu hanya sebagai rakan artis,” tambah pelakon drama Kisah Cinta ini.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *