fbpx

Aktres Remaja Ditahan Bersama 30kg Ganja

Semalam pasukan polis anti-narkotik telah berjaya menahan seorang aktres remaja bersama tiga lagi rakan beliau selepas menemui dadah jenis ganja seberat 30 kilogram didalam satu serbuan yang dilakukan di Damansara.

Pihak polis juga merampas dadah yang dipercayai bernilai ratusan ribu ringgit. Namun pihak polis tidak mendedahkan identiti aktress terbabit. Tetapi beliau dikatakan bakal membuat kemunculan pertamanya didalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zaini Che Din telah mengesahkan penahanan itu dan memberitahu bahawa kesemua suspek kini sedang berada di bawah perintah reman untuk siasatan. Berikutan itu, aktres remaja itu dijangka tidak dapat menghadiri majlis pelancaran drama itu pada bulan depan.

Menurut laporan akhbar The Sun, siasatan awal mendapati pengedaran dadah itu diketuai oleh saudara rapat setiausaha politik kepada menteri. Manakala suspek dipercayai membawa masuk dadah berkenaan untuk dibekalkan dan dijual kepada pelajar kolej disitu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.