fbpx

Akim Ahmad Belum Sedia Tunjuk Wajah Anak

Tidak mendedahkan wajah bayi pada awal kelahiran merupakan perkara biasa buat selebriti, termasuk pasangan Akim Ahmad dan Stacy. Namun Akim mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau berbuat demikian serta meletakkan tempoh sebulan sebelum mendedahkan wajah penuh puteri kesayangan mereka yang dinamakan Eshaal.

BACA: Akim Ahmad, Stacy Namakan Anak ‘Eshaal’

“Tiada istilah sorok wajah anak tetapi kami ambil pendekatan itu buat masa ini kerana wajah bayi sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap diawal kelahiran. Justeru, saya tidak mahu mengelirukan peminat dan cuba tetapkan tempoh sebulan sebelum berkongsi wajah Eshaal di laman sosial”

“Cuma apa dapat saya kongsikan sekarang ini, hidung dan mulut Eshaal sememangnya mengikut iras wajah saya. Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar biarpun pada awalnya saya agak janggal nak mendukung tetapi setelah beberapa kali mencuba saya jadi seronok”

“Berkat saya azankan dia agaknya, hidung saya jadi ‘kebal’ dengan bau najis Eshaal dan saya tidak biarkan pembantu rumah menguruskan semua itu kerana dia ada tugas lain untuk dibuat,” jelasnya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Hampir dua minggu menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa, Akim akui sejak kehadiran bayi comel itu, beliau tidak sabar pulang ke rumah untuk bermain dengannya. Akim turut memberitahu, buat masa ini ibu Stacy berada di samping isterinya bagi membantu memantau tempoh berpantang Stacy supaya lebih teratur dan sempurna. (rtky/w)