fbpx

Akim AF Bakal Bawa Stacy Pulang Ke Rumah, Masih Tidak Mengaku Bercinta

Alahai susah benar pasangan ini mahu mengakui perasaan hati.

Dalam temubual terbaru bersama KOSMO!, Akim menyatakan keinginan untuk membawa Stacy pulang ke rumah di’kampung untuk beraya.

Namun Akim sendiri menafikan tindakan & niat beliau itu adalah kerana mereka berdua sedang bercinta. Keluarga mereka sudah saling mengenali kerana mereka berkawan rapat.

Stacy yang di’temui dalam temubual yang sama turut menafikan hubungan istimewa mereka & berkata beliau terlalu sibuk dengan perjalanan karier untuk semua itu.

“Memang saya suka lelaki macam dia (Akim), tetapi sekarang saya masih muda, bukan masanya untuk bercinta. Kalau nak fikir kahwin pun lambat lagi, sekarang saya hanya ingin bekerja,” kata Stacy.

Stacy bakal muncul dengan video klip rasmi untuk single Kasanova dan sibuk menjalani pengambaran untuk video tersebut sepanjang Aidilfitiri.