fbpx

Aiman Hakim: Semua Orang Ada Buat Dosa

Beberapa babak dalam filem Kimchi Untuk Awak boleh dikatakan agak intim antara pelakon utamanya, Aiman Hakim dan Emma Maembong. Ini membuatkan netizen di laman sosial sedikit sebanyak mengkritik adegan tersebut.

BACA: Aiman Hakim Akui Masih Sayang Fathia Latiff

Bagaimanapun, teraju utama filem tersebut Aiman Hakim berpendapat penonton haruslah melihat dari sudut penceritaan sesebuah filem tersebut dan tidak perlu untuk mengkritik tanpa melihat keseluruhannya.

“Saya rasa persoalan sebegini tidak perlu diteruskan sebab tak membawa apa apa faedah ke mana mana pihal. Kita bila tengok cerita mat salleh, dia cium semua sweet, tapi bila orang Melayu tak boleh. Adakah mat salleh itu, makhluk lain bukan manusia”

“Jadi bagi saya sebagai seorang warga Malaysia, apa yang saya nampak kita memang pandai playing innocent which is tak adil sebab semua orang ada buat dosa. Jadi apa yang lebih penting ialah jalan cerita. Pengajaran dalam filem itu sampai,” jelasnya di majlis tayangan filem tersebut.

Tambah Aiman lagi, apa pun semuanya terpulang kepada penonton untuk menilai namun bagi pelakon lelaki ini, dia cuba menjadi dirinya sendiri dan jujur dalam apa yang diperkatakan selain mahu penonton menilai cerita tersebut dari keseluruhan dan bukan hanya lakonan intim dia dan juga Emma Maembong semata mata. (rtky/h)