fbpx

Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Menerusi SMS?

Berita ini belum dapat disahkan dari sumber sumber yang sahih tetapi laman hiburan popular Beautiful Nara menulis stesen berita radio Malaysia melaporkan Aidil Zafuan sudah melafazkan cerai.

Aidil Zafuan atau nama sebenar Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak di’laporkan telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tidak pula di’nyatakan bila dan kenapa Aidil Zafuan mengambil tindakan drastik sebegitu terhadap Rita Rudaini sedangkan kes rumahtangga mereka masih berjalan di mahkamah.

Semalam, Rita Rudaini menerusi Berita Harian meluahkan rasa bengang terhadap sikap Aidil Zafuan yang mempunyai kini hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Zarema.

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil,” ujar Rita Rudaini.

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya”

Adakah Aidil Zafuan ambil keputusan nekad untuk bercerai ekoran luahan rasa Rita Rudaini di akhbar semalam?