fbpx

Aida Aris Nafi Dera Anak Tiri

Mengakui terkejut apabila dituduh mendera anak tirinya, pelakon Aida Aris bertegas menafikan perkara tersebut malah turut menyerahkan kembali dua anak tirinya kepada bekas isteri agar tidak timbul sebarang masalah berkaitan hak penjagaan kelak.

“Saya terkejut apabila dituduh mendera anak tiri dan perkara itu sebenarnya tiada sebarang bukti yang sah daripada doktor mengatakan saya telah melakukan perbuatan berkenaan. Disebabkan tidak mahu timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan anak, suami saya telah serahkan kedua-dua anaknya itu kepada bekas isterinya yang kini berada di Kedah”

“Saya ada baca laporan polis yang dibuat bahawa saya telah mendera anak-anak tiri saya sehingga berdarah, namun tiada sebarang bukti perubatan. Jika saya tidak bersalah, saya boleh saman malu pihak berkenaan,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia menganggap bahawa perkara berkenaan hanyalah ujian buat dirinya yang sudah melayari alam rumah tangga sejak enam tahun lalu. Malah pelakon ini yang belum memperoleh cahaya mata turut merancang untuk mengambi anak angkat.

“Enam tahun kami belum diberi rezekikan cahaya mata, dalam hati memang ada menyimpan hasrat untuk ambil anak angkat. Saya ada bertanya rakan-rakan terdekat jika ada yang mahu memberi saya seorang anak angkat untuk dijaga”

“Tapi belum lagi berkesempatan untuk menjalani prosuder yang betul penggambilan anak angkat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya. (rtky/s)