fbpx

Agnes Monica Bakal Kenakan Kebaya Untuk Pembukaan Sukan SEA 2011

Ya. Mata anda tidak silap, gambar di’sebelah adalah Agnes Monica yang kini sudah jauh lari dari imej comel beliau dahulu.

Jika kita mempunyai Yuna yang kini berada di Los Angeles untuk kemunculan antarabangsa beliau, Indonesia menghantar Agnes Monica untuk berduet bersama Michael Bolton.

Jakarta & Palembang, Indonesia akan menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA 2011 yang telah memilih Agnes Monica sebagai salah seorang artis yang akan membuat persembahan di acara pembukaan gilang gemilang nanti.

Bercakap kepada KapanLagi.com ketika satu sessi fitting baju untuk malam persembahan nanti, Agnes Monica meluahkan rasa bangga kerana terpilih dan mengesahkan akan mengenakan kebaya ketika persembahan nanti.

“Saya memang sukakan kebaya & persalinan moden — namun ini adalah Sukan SEA, saya akan kenakan pakaian tradisional ini namun ia’nya akan kelihatan moden & antarabangsa”

Di’sebabkan ini adalah Sukan SEa 2011, kami membuka soalan kepada anda, siapakah yang anda rasa layak untuk berkongsi pentas dengan Agnes Monica ketika majlis pembukaan sebagai wakil Malaysia?