fbpx

Afdlin Shauki Sahkan Nabil Kini Anggota Ketiga Kumpulan Boboi

Ini satu perkembangan yang agak menarik sebenarnya, itu pun kalau Nabil Raja Lawak masih mampu bersifat kelakar seperti dahulu kala. Okay kami gurau, Nabil masih kelakar.

Malaysian Digest hari ini melaporkan yang Afdlin Shauki telah mengesahkan yang Nabil Raja Lawak kini merupakan anggota terbaru kumpulan Boboi yang sebelum ini hanya berdua.

Menurut Afdlin Shauki, penawaran itu di’buat selepas Nabil masih berkira kira sama ada untuk menyertai Maharaja Lawak Mega musim kedua atau tidak secara solo.

Pernah bekerjasama beberapa kali, Afdlin Shauki merasakan penambahan Nabil ke’dalam kumpulan Boboi ada keserasian dan kini menggambarkan tiga generasi pelawak.

Boboi yang turut di’anggotai oleh Harun Salim Bachik bakal memeriahkan pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya, KL selain muncul semula di pentas Maharaja Lawak Mega 2.