fbpx

Afdlin Shauki: Kami Tidak Peduli Persepsi Orang Tentang Niat Kami Ke Gaza

Selain dari Liyana Jasmay yang kembali ke Malaysia semalam, delegasi ke Gaza yang di'sertai Afdlin Shauki, Bront Palarae & Zain Saidin turut tiba dengan selamat.

Afdlin Shauki yang di'temui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba sangat bersemangat untuk menceritakan pengalaman beliau ketika di Gaza.

“Ketika mula mula hendak ke sana memang wujud perasaan takut, tetapi setelah tiba disana semenanjung Gaza pada saya menjadi tempat paling aman sekali,” ujar beliau semalam.

“Walaupun telah di'bom banyak kali, rakyat Palestin di Gaza sangat tenang menghadapi segala cabaran dan mereka adalah orang yang paling peramah pernah saya jumpa”

“Paling membuatkan saya terharu adalah apabila mendengar cerita daripada keluarga yang salah seorang mereka telah mati syahid — mereka tidak meminta simpati kami semua”

“Saya nampak mereka semua tabah & tenang menhadapi apa pun yang terjadi, bagi saya kanak kanak di'sana adalah hero yang sebenar,” tambah Afdlin Shauki

lagi.

Bercakap tentang niat untuk merakamkan filem di bumi Gaza, Afdlin Shauki mengakui yang beliau ada merakamkan dokumentari pendek sepanjang misi bantuan mereka di'sana.

“Kami ada berbincang dengan pembikin filem muda di'sana — insyaAllah kami akan bekerjasama untuk merealisasikan projek filem bersama nanti,” ujar duta kemanusian Aqsa Syariff ini.

Dalam perkembangan lain, ramai yang sedia maklum tentang satu kenyataan Abby Abadi yang seakan melekehkan niat & hasrat mereka yang pergi ke semenanjung Gaza.

Mengulas kata kata orang yang skeptik dengan misi bantuan ke Gaza, Afdlin Shauki berkata yang beliau tidak peduli dengan apa pun persepsi yang wujud kerana fokus mereka adalah untuk membantu rakyat Palestin — yang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama.

“Kami tiada masa untuk melayan kritikan & komen negatif dari mana mana pihak — kami pergi dengan niat untuk menolong dan jika mahu, kita boleh berganding bahu bersama sama sebagai tanggungjawab sebagai orang Islam,” tambah Afdlin Shauki lagi.

Kredit Gambar: Kelab IKRAMMesir

zp8497586rq