AF8: AC Mizal Tekad Lupakan Akademi Fantasia, Tumpu Pada Perniagaan

Kepada peminat Akademi Fantasia yang mahukan perubahan kerusi panas pengacara, ini ada satu berita baik.

Rabu lalu, dalam satu kenyataan tidka rasmi AC Mizal melalui Facebook, beliau meluahkan hasrat untuk tidak menjadi pengacara Akademi Fantasia musim ke-8.

AC Mizal yang memang di’akui oleh ramai pihak gagal menyaingi persona Aznil Hj Nawawi antara calon di’sebut-sebut untuk terus menjadi pengacara program realiti terbitan Astro ini.

Namun, AC Mizal yang kini sedang giat menjalankan perniagaan melalui AC Konsortium Sdn Bhd telah tekad meninggalkan Akademi Fantasia.

Dalam kenyataan yang sama juga, AC Mizal menyebut yang beliau sudah tiada apa untuk di’buktikan di Akademi Fantasia & ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan.

Kini, antara nama yang di’sebut-sebut sebagai pengganti AC Mizal adalah Sarimah Ibrahim, Reza Mohamad & Aznil Hj Nawawi sendiri.

Siapa pun yang menjadi pengacara AF8 nanti, pasti satu tugas besar mengembalikan keceriaan Akademi Fantasia harus di’laksanakan.

19 thoughts on “AF8: AC Mizal Tekad Lupakan Akademi Fantasia, Tumpu Pada Perniagaan

  1. saya anak dari terengganu, saya harap pihak astro mengembalikan keceriaan akademi fantasia ini dengan pengacara no.1 negara iaitu aznil hj nawawi untuk mengacara AF8 nanti…tanpa aznil maka tiada keserian AF…

  2. program realiti sekarang ni memang bosan tak kuasa nak undi2 ni semua..ntah paper jer..cuba astro/stesen tv cari idea2 yg lebih bernas membina minda peserta & penonton disamping boleh terhibur dgn program yg disiarkan..

  3. SAYA RASA AC MASIH THE BEST SEBAGAI PENGACARA AF SEJAUH INI …MASALAHNYA SEMASA DIA SEBAGAI PENGACARA SELAMA DUA MUSIM PEHAK ASTRO MENGEKALKAN FORMAT LAMA 5 PROGRAM SEBELUMNYA….PENGACARA SELAMA LIMA TAHUN BERTURUT-TURUT…. AMAT MEMBOSANKAN…DAH CUKUPLAH TU..TAHNIAH SARIMAH DAN JIMMY..MEREKA TELAH BUAT KERJA DLM AF SEBELUM INI AMAT HEBAT DAN AMAT CERDIK

  4. aznil ade byak klebihan antara klebihan yg sya suka ialah semasa die bercakap die pdai gayakan dan pandai buat lawak….kalah ahmad nabil…..saya berharap agar aznil hj nawawi teruskan sbagai pngacara af 8…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>