fbpx

Aeril Zafrel, Nazim Othman Berlakon Dalam Filem Homoseksual?

Baru-baru ini pelakon Aeril Zafril telah memuatnaik gambar yang juga merupakan poster bertajuk Crystal Soul di akaun Instagram miliknya. Gambar tersebut dalam masa yang sama turut menimbulkan rasa kurang senang kerana beraksi seperti pasangan gay.

BACA: Nazim Othman, Bella Dally Rancang Nikah Tahun Ini

Aeril Zafrel, Nazim Othman Berlakon Dalam Filem Homoseksual?

Bagaimanapun, gambar tersebut kemudiannya dipadam oleh Aeril, berkemungkinan untuk menjaga sensitiviti masyarakat di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum, filem berlandaskan hubungan sejenis sebegini pastinya akan menjadi kontroversi.

Apa pun, ini juga mungkin merupakan salah satu cara promosi yang dilakukan bagi pihak Aeril. Mahu tengok berkesan atau tidak gandingan Aeril Zafrel dan Nazim Othman, nampaknya kena tunggu. Entah keluar entah tidak filemnya nanti. (rtky/s)