fbpx

Ady Putra Nafi Nora Danish Adalah Punca Penceraian, Masih Berbelah Bagi

Tersebarnya berita tentang permohonan cerai yang di’failkan oleh Ady Putra awal pagi semalam, bermula spekulasi yang kurang enak bertebaran di kalangan peminat & media.

Ady Putra mengakui yang beliau sudah pun memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya Aida Yusof pada 11 Mei lalu hanya beberapa hari selepas beliau pulang dari umrah.

Pelakon cantik Nora Danish terus sahaja di’kaitkan dengan masalah rumahtangga Ady Putra oleh para peminat yang setia mengikuti rapat perjalanan umrah kedua dua pelakon ini.

Namun menurut laporan Daily Chilli hari ini, Ady Putra sedar akan spekulasi yang mula timbul berhubung isu rumahtangga beliau & sekali lagi menegaskan yang tiada orang ketiga terlibat & suami isteri ini sebenarnya masih belum mencapai kata putus untuk bercerai.

Ady Putra menjelaskan yang beliau & isteri akan ke mahkamah syariah Isnin ini sebagai usaha terakhir untuk menyelematkan rumahtangga yang di’bina sejak enam tahun lalu.

Hakim Syariah kemudian akan memutuskan sama ada mereka akan bercerai ataupun mereka perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Dan menurut Ady Putra lagi, apa sahaja keputusan yang keluar, mereka berdua akan menurut.