fbpx

Adi Putra Nafi Bakal Cerai

Entah dari mana datangnya khabar angin mengatakan Adi Putra kini sudah bercerai dengan isteri keduanya, pelakon itu tampil menjelaskan bahawa hubungan bersama kedua dua permaisuri rumahtangganya itu masih baik.

BACA: “Adi Putra Nikahi Saya Bukan Sebab Zuriat”

“Kalau rumah tangga saya berantakan atau bermasalah, saya takkan berada di sini sekarang. Saya juga takkan menerima tawaran berlakon jika ingin melarikan diri kerana saya tahu sudah tentu ada pihak akan bertanya”

“Sebagai artis, orang nampak dan mengambil tahu mengenai diri saya. Isteri saya bukan artis, jadi apabila dakwaan sebegini timbul, kesannya adalah pada diri saya. Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya?

“Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya kepada BH Online ketika ditemui di lokasi penggambaran drama.

Menyentuh soal cahaya mata, Adi menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah ketentuan Allah dan jika ditakdirkan belum tiba rezekinya untuk memiliki zuriat sendiri, pelakon ini redha. (rtky/s)