fbpx

AC Mizal Mewah Tetapi Belum Bergelar Jutawan

Jika dilihatkan kepada kemewahan yang dimiliki pengacara versatil ini, ramai yang menyatakan bahawa dirinya sudah pun bergelar jutawan. Malah menurut Dato’ AC Mizal, dia sendiri menafikan gelaran jutawan itu selain memperjelaskan dari mana sumber pendapatannya itu.

BACA: AC Mizal Pernah Minum Air Paip Di Zaman Susah

“Selain sibuk dengan karier seni, saya juga pemegang saham kepada syarikat Malaysia Brand International (MBI) yang sudah beroperasi lebih 10 tahun. Sehingga kini, pelbagai perniagaan sudah dimiliki syarikat itu termasuk perhotelan, aplikasi laman sosial dan akan datang sebuah taman tema”

“Daripada pendapatan di syarikat itulah sebenarnya saya mendapat dana untuk menceburi pula perniagaan lain termasuk yang terbaru, stesen radio bervisual Peaceyall FM,” katanya seperti yang dipetik daripada Harian Metro baru-baru ini.

Tambah AC, dia tidak mahu terlalu selesa dan meletakkan dirinya di tahap jutawan kerana mengetahui bahawa perjalanannya di dalam bidang perniagaan masih lagi jauh. Apa pun semoga apa yang diusahakan oleh AC Mizal ini akan beroleh kejayaan. (rtky/s)