Jangan Lupa Tonton Evolusi KL Drift 2 Bermula 25 Mac Ini!

E-mail Us: hi@rotikaya.com

ABPBH: Berita Harian Bocor Maklumat Fasha Sandha Bakal Menang?

February 3, 2010 by RotiKaya Staff  

Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan.

Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009.

Itu’lah dua baris ayat terbitan Berita Harian hari ini yang membayangkan Fasha Sandha bakal merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Paling Popular.

Kalau pun penulis ini seorang yang bergelar kipas susah mati Fasha Sandha, jangan’lah bagi maklumat yang membunuh keterujaan orang ramai.

Kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular ini seperti ramai sedia maklum merupakan kategori yang boleh di’ramal siapa pemenangnya — bukan Fasha Sandha.

Undian terbuka yang kami buat khas untuk pembaca RotiKaya juga tidak menunjukkan sebarang tanda Fasha Sandha bakal menang — kini di’dahului oleh Scha al-Yahya.

Kami juga ada perasaan was-was yang tulisan wartawan Berita Harian ini ada maksud tersembunyi untuk kepentingan syarikat.

Mana’lah tahu, tuan badan menulis ayat sebegitu untuk membakar peminat Tiz Zaqyah untuk membeli akhbar Berita Harian untuk mengundi.

Comments

9 Comments on "ABPBH: Berita Harian Bocor Maklumat Fasha Sandha Bakal Menang?"

  1. kisahsensasi on Thu, 4th Feb 2010 6:34 am 

    Tiz Zaqyah i lebih suka….

  2. curvy_luff on Thu, 4th Feb 2010 8:42 am 

    tak mungkin dia memang! kalau menang dgn cerita2 kontroversi, tu i tak heran la…

  3. ewiezz on Thu, 4th Feb 2010 2:09 pm 

    alaaaa… ayat pancing undi aaa tuh, nk suh org undi dan undi lagi ke Tiz hehehe…psyco beb. Silap aribulan dek kerana org dok undi2 sesgt, tetiba smpi Tiz leh menang Artis Paling Popular, sapa tau, rezeki.
    Sama gak cam Datuk SIti, klu btul aa dia nk tarik diri tahun depan, pesal wak statement skarang? mcm nk pancing undi je, biar le menang lu baru wak statement…hmm cam tau2 je takut kalah erk tahun ni, tu psl wak statement camtu HAHAHAHAH!!!!

  4. nour qaseh on Thu, 4th Feb 2010 2:33 pm 

    x pyh la bg dia menang…ntahpape

  5. hantu air on Fri, 5th Feb 2010 12:18 am 

    tizzzz….stkat fasha ape nk heran…
    iklan je lbih…hiks2…

  6. Kak Wok on Fri, 5th Feb 2010 1:51 am 

    Fasha Panda popular sebab controversies yang melanda dia. Dah sah-sah dia akan menang sebab ABPBH is based on popularity not quality!

  7. nabihah on Sat, 13th Feb 2010 9:44 am 

    padan muka. x menang lagi aku tak suka.

  8. linz on Tue, 16th Feb 2010 3:32 pm 

    mmg xkan menang si fasha nie!mnyampah aku tengok muke die!!

  9. mat kaypo on Fri, 26th Feb 2010 4:40 am 

    isssh….budak satu kmpg aku ni tak berubah2…bila hang nak insaf…





Blog Widget by LinkWithin