fbpx

Abby Abadi: Selebriti Seperti Saya Hanya Ada Kerja Selepas Kerajaan Tumbang

Kami seronok sebenarnya melihat perkembangan Abby Abadi yang semakin serius dalam bidang politik sehingga mampu mencabar polisi kerajaan. Dan, kami ada cerita untuk di'tulis.

Selepas timbul beberapa isu selepas penghijrahan beliau dan menyertai parti politik pembangkang, Abby Abadi keluarkan kenyataan tentang hala tuju dunia hiburan Malaysia.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Abby Abadi berkata artis yang berhijrah seperti beliau hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari & berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.

“Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia'nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ia'nya kenyataan.”

Abby Abadi menambah dengan hanya PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara, barulah Malaysia mempunyai kerajaan berlandaskan ajaran al-Quran dan industri yang mengikut garis panduan syariah atau 'halal'.

zp8497586rq