fbpx

Abam Bocey Kesal Difitnah Bercumbu Dengan Kekasih

Baru-baru ini, Abam Bocey telah dihimpit dengan penyebaran gambar lelaki bersusuk tubuh gempal bercumbu dengan seorang wanita yang dikhabarkan adalah dirinya. Bagaimanapun tuan empunya badan tampil menafikan perkara tersebut.

BACA: Kawal Nafsu Makan, Abam Bocey Berjaya Turun Berat Badan

Abam-Bocey-Kesal-Difitnah-Bercumbu-Dengan-Kekasih---ROTIKAYA_dalam

“Itu memang bukan saya. Ia memang fitnah. Janganlah sewenang sewenangnya menuduh itu dan ini. Saya pun kurang pasti apa motif cerita itu dibuat. Tapi saya tak perlu cerita murahan sebegini untuk popular,” katanya.

Selain itu, Abam memberitahu BH Online bahawa dia kini sememangnya sedang mengenali hati budi sesorang sejak setahun lalu namun ketika ini, pelawak yang juga sedang dalam proses menurunkan berat badan enggan mendedahkan siapakah gadis bertuah tersebut.

“Kalau ada jodoh panjang, saya mahu memperisterikannya. Tapi semua itu masih dalam perbincangan,” katanya. Kami pasti, peminat Abam pasti gembira dengan perkhabaran ini dan pastinya mendoakan yang terbaik buat selebriti kesayangan mereka ini. (rtky/s)