fbpx

Aaron Aziz Mula Bosan Lakon Watak, Skrip Sama

Sedar atau tidak, kehadiran pelakon Aaron Aziz dalam setiap lakonan drama dan juga filem adalah lebih kurang sama. Malah pelakon itu sendiri mengakui bahawa dia juga turut muak selain menyifatkan perkara tersebut juga sebenarnya tidak mencabar keupayaan sebenar dirinya.

BACA: Kerap Dukung Siti Saleha Buat Aaron Aziz Sakit Bahu

“Sejak mula terbabit dalam industri hiburan, jalan ceritanya lebih kurang sama dan boleh diagak. Begitu juga fenomena karya yang diadaptasikan dariapda novel, jalan ceritanya tidak ada beza”

“Jadi permainan watak dilihat agak terhad sehingga menjadikan karakter dibawa seolah-olah sama,” jelas Aaron yang kini sedang mencari naskhah berbeza bagi menambah kepelbagaian di dalam lakonannya kepada Berita Harian.

Selain itu, Aaran sendiri menjelaskan bahawa dia teringin dan akan menerima tawaran jika diberikan peluang untuk membawakan watak bapa demi mendapatkan kelainan di dalam lakonannya. (rtky/s)