fbpx

6 Lokasi Percutian Selebriti Paling Menarik

Setiap bulan rasanya kini pasti ada selebriti tempatan yang pergi bercuti ke luar negara untuk tempoh masa yang sangat panjang. Kadangkala kami di pejabat ini pun rasa cemburu dengan mereka tetapi apakan daya, kita masih perlu bekerja 7 hari seminggu.

Namun, itu tidak menghalang kami untuk memasang impian untuk mengembara satu dunia satu hari nanti. Boleh pula kami penuhkan akaun Instagram dengan gambar percutian menarik untuk anda semua.

Anda pun boleh buat perkara sama dan jika mahukan inspirasi tempat percutian menarik para selebriti tanah air, ini senarai 6 tempat yang dikunjungi artis tempatan baru baru ini. Semua tempat kami mahu pergi, kalau ada yang mahu taja lebih bagus, heh.

Korea Selatan

12298869_1681991928683600_2047230466_n

Korea Selatan sentisa menjadi pilihan untuk lokasi percutian. Lagi seronok kalau pergi satu keluarga seperti pasangan selebriti Norman Hakim & Memey. Memang seronok tengok gambar percutian mereka. Apa yang pasti, mereka sekeluarga melawat lokasi utama yang menjadi kawasan tarikan pelancong.

Jepun

12905000_225510881152916_367854778_n

Walaupun kesana atas urusan kerja, namun, Awal Ashari & Scha Alyahya tidak melepaskan peluang untuk bercuti. Memang makan hati melihat pasangan ini yang berjalan ke seluruh pelusuk Jepun. Antara tempat yang mereka lawati seperti bandar Tokyo, Kyoto, Osaka, Universal Studio. Seronok Lara Alana, kecil-kecil lagi dan mengembara.

Eropah

12935146_1350990674927879_370873590_n

Memang best kalau dapat bercuti ke Eropah. Bulan lalu, Rozita Che Wan sekeluarga memilih Eropah sebagai lokasi percutian. Memang gambar percutian mereka cantik sangat. Antara tempat yang mereka lawati ialah bandar France yang merupakan syurga untuk mereka yang suka membeli belah dan Netherlands, tempat yang paling cantik dan dipenuhi dengan bunga berwarna-warni.

Greece

12930801_815696708562568_1734431781_n

Selepas membuat keputusan untuk berhijab, pelakon cantik Fathia Latiff memilih Greece sebagai lokasi percutiannya. Greece terkenal dengan tempat-tempat romantik. Antara lokasi yang menjadi pilihan Fatiya ialah Santorini, terkenal dengan pulau yang memang cantik dan bandar kecil Oia di Greece.

Iceland

11379302_248090935536338_1414088073_n

Bulan lalu, Nora Danish dan Nedim Nazri sekeluarga memilih Iceland sebagai lokasi percutian. Yelah, Malaysia tengah panas memang tepat sekali lokasi pilihan mereka. Bila sebut je Iceland, memang tempat tu sejuk dan dikelilingi salji. Kalau anda ni jenis tak tahan panas, memang sesuai sangat jadikan Iceland sebagai lokasi percutian.

Bora-Bora Island, Perancis

Gambar-Percutian-Mewah-Hanis-Zalikha-Hairul-Azreen-Di-Bora-Bora-ROTIKAYA20150805_6334-700x431

Kalau ikutkan banyak tempat cantik di Perancis. Tapi pasangan romantik Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, memilih Bora-Bora Island untuk lokasi percutian dan bulan madu. Siapa yang sukakan laut dan menyelam, memang lokasi ini paling best!

Air laut yang biru jernih, memang rasa tak sabar nak terjun.