fbpx

5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah

Bangun pagi, tengok muka anda yang kusam di cermin, terus rasa stress. Ini bukan petanda yang baik jika setiap hari anda mengeluh kerana kulit muka kusam. Penjagaan wajah merupakan salah satu perkara yang penting lebih-lebih lagi jika anda bekerja dan perlu berhadapan dengan orang ramai setiap hari.

2- 5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah - ROTIKAYA

Kami kongsikan kepada anda 5 akibat teruk apabila wanita mengabaikan penjagaan wajah dan kelihatan kusam. Nampak macam biasa-biasa sahaja masalah ini tetapi kerisauan itu sebenarnya hanya wanita saja yang tahu.

1. Hilang Keyakinan Diri

7- 5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah - ROTIKAYA

Bila wajah pun kusam dan tidak bermaya, bagaimana kita mahu meningkatkan keyakinan diri. Belum keluar rumah lagi sudah stress, apatah lagi jika berhadapan dengan orang ramai.

2. Dianggap Tidak Jaga Penampilan

8- 5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah - ROTIKAYA

Sewaktu anda sedang bersusah payah mencari jalan penyelesaian untuk menjaga penampilan diri, pasti ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa anda tidak menjaga penampilan diri. Nampak remeh bukan tapi oleh sebab sebeginilah anda akan hilang fokus ketika melakukan tugasan anda. Sanggup anda menghadap telefon sepanjang hari hanya kerana tidak mahu berhadapan dengan orang ramai?

3. Salah Guna Produk Kecantikan Tidak Berkualiti

3- 5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah - ROTIKAYA

Bab ini jangan main-main. Bila cari jalan penyelesaian yang pantas dan terdesak, anda mudah membuat penilaian yang salah. Mudah dengar kata-kata orang, anda beli produk kecantikan yang tidak berkualiti dan akibatnya kulit muka anda bertambah teruk. Bila ini sudah terjadi, menyesal pun sudah tidak berguna.

4. Risau Kulit Anda Bertambah Kusam & Gelap? Produk Himalaya Ini Jawapan Terbaik Anda

Hadir dengan Clear Complexion Whitening Day Cream, produk ini membantu membuatkan wajah anda kelihatan lebih cerah. Krim ini tidak meninggalkan kesan berminyak dan berasaskan ekstrak herba Cinnabloc – yang membantu anda untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap selain melindungi wajah anda daripada sinaran UV yang melampau.

5- 5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah - ROTIKAYA

Cinnabloc juga membantu untuk untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang lebih cerah selain mengurangkan bintik-bintik hitam sekaligus memberikan anda lebih keyakinan. Lihat saja keberkesanan sebelum dan selepas seperti yang dikongsikan oleh pemakai. Malah hari ini sahaja ada potongan sehingga 50%!

6- 5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah - ROTIKAYA

Cara untuk menggunakan krim Himalaya’s Clear Complexion Whitening Day ini mudah saja. Bersihkan muka anda terlebih dahulu kemudian sapukan pada muka dan leher anda sebanyak 2 kali sehari. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda disarankan menggunakannya selalu.

Jangan risau, krim ini bebas daripada bahan yang mampu merosakkan wajah anda malah telah pun melalui ujian makmal dermatologi bagi memberikan kesan yang terbaik kepada anda.

5. Ada Risiko Kekasih Hati Lari

1- 5 Akibat Teruk Apabila Wanita Mengabaikan Penjagaan Wajah - ROTIKAYA

Jika anda selesa sangat dengan wajah anda yang kusam, gelap dan tidak bermaya sedangkan sudah ada kekasih hati, jangan terkejut jika satu hari ini, kekasih anda akan lari.

Mungkin juga bila ini terjadi, barulah anda tersedar tentang pentingnya menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah bergelar isteri. Suami pun pasti bersemangat jika isteri sentiasa menjaga penampilan wajah dan diri. Anda cantik-cantik pun untuk suami tersayang juga,kan?