fbpx

4 Sebab Ramai Berebut Nak Dapatkan PUMA IGNITE Limitless

Baru tengok sekali pandang, terus jatuh hati. Memang mengundang betul kasut dalam kategri sneaker terbaru keluaran PUMA ini iaitu IGNITE Limitless. Apa yang menarik dengan IGNITE ini adalah kerana ia mempunyai ciri ciri terbaik kasut larian dan juga kombinasi streetwear moden.

Nak tahu apa lagi sebab ramai yang ternantikan PUMA IGNITE Limitless ini, jom baca sambil jamu mata dengan gambar gambar yang ada.

Keselesaan Paling Penting

Bukan sahaja mementingkan rekaan yang seiring dengan perkembangan streetwear, keselesaan merupakan perkara utama dalam penghasilan PUMA IGNITE Limitless. Jika tak selesa, kenapa ramai yang tak sabar sabar nak dapatkannya?

Pelbagai Pilihan Warna

Pilihan warna yang menarik pastinya menjadi aspek utama bagi anda. Barulah terserlah identiti masing masing bukan?

Harga Berpatutan

PUMA IGNITE Limitless hadir dengan harga RM599 – harga yang sangat mampu milik bagi penggila sneaker. Malah orang di laman sosial sendiri dah tak sabar sabar untuk dapatkan koleksi terbaru PUMA ini!

Lokasi Untuk Anda Serbu

Kami senaraikan beberapa lokasi yang anda boleh dapatkan PUMA IGNITE Limitless ini. Untuk tambah potensi anda nak dapatkan kasut ini, minta rakan rakan tinjau dulu mana mana store yang tersenarai di bawah:

KL & Selangor: Pavilion, KLCC, NU Sentral, The Gardens, Bangsar, One Utama, Sunway Pyramid, Original Classic (Setia City Mall, Putra Mall dan Royal Sporting House (Stadium Pavilion, Stadium Pavilion & 1 Utama)
Melaka: AEON Bandaraya Melaka
Pulau Pinang: Gurney Paragon, Queensbay, Life Habitat S/B (Prai)
Johor: Komtar JBCC
Negeri Sembilan: Palm Mall
Sarawak: LEA Sports (CityOne Megamall Kuching, Sarawak Plaza)

Selain itu, ia juga boleh didapatkan di 15 rangkaian terpilih Al-Ikhsan, Genting, serta di Jade Eservices Malaysia Sdn Bhd, Sunlight & M Corporate.

Jadi bagi anda yang ingin mendapatkan PUMA IGNITE Limitless, jangan lepaskan peluang ini atau follow rapat rapat Facebook PUMA Malaysia sebab sebarang update terkini tentang PUMA akan diberitahu di sana terlebih dahulu.

Apa pun, semoga anda berpeluang untuk memiliki sepasang kasut ini kerana melihatkan reaksi orang ramai di Facebook, jika anda lambat memang tak merasalah jawabnya nak beli. Nah, kami belanja beberapa lagi gambar untuk anda.