fbpx

Izreen Azminda Nafi Bakal Jadi Isteri Fahrin Ahmad

Kecoh seketika apabila Izreen Azminda turut sama meraikan hari lahir Fahrin Ahmad sehingga ada yang mengatakan mereka sebenarnya sedang bercinta dan bakal bernikah.

BACA: Izreen Azminda Anjur Majlis Doa Selamat Sempena Bertudung

“Memang bukan saya yang akan berkahwin dengan dia (Fahrin). Ramai juga yang menyangkakan saya. Majlis yang diadakan sebelum ini bersempena saya memakai tudung sekitar Mac lalu dan alang-alang saya anjurkan juga sambutan hari lahir dia (Fahrin) lebih awal”

“Jangan fikir bukan-bukan pula. Meman antara kami tiada apa-apa. Dia memang sahabat baik saya dan antara kawan yang cukup rapat. Lagipun keraian ini hanya setahun sekali. Tak salah untuk saya melakukannya,” jelas Izreen kepada BH Plus.

Malah dalam masa yang sama, Fahrin juga memberitahu bahawa dia tidak akan mendedahkan siapa bakal isterinya kecuali pada hari pernikahannya nanti selain menyatakan bahawa wanita pilihan hatinya itu bukanlah daripada kalangan selebriti. (rtky/s)