fbpx

3 Haruman Romantis Cinta Pertama Yang Anda Mesti Cuba

Bercakap tentang pilihan minyak wangi atau haruman badan di pasaran memang tidak akan habis kerana pelbagai pilihan disajikan untuk menepati citarasa anda. Namun, jika anda mencari haruman romantis persis cinta pertama, ini penting untuk anda.

ENCHANTEUR Paris baru baru ini melancarkan barisan wangian terbaru mereka yang dihasilkan khas buat gadis remaja yang terdiri daripada 3 variasi haruman mempesonakan dalam botol kaca berbentuk hati yang elegan, simbol perasaan cinta pertama yang suci dan tidak terganti.

A 209

Rekaan kotak rona pastel haruman yang mempersona ini mencerminkan personaliti berbeza saat melalui alam percintaan. Perincian berbentuk hati & mahkota menjelaskan yang anda akan tetap menjadi seorang puteri di mata sang arjuna dengan personaliti menawan.

1. ENCHANTEUR Paris Fashionista

Princesse Mood Shots_Fashionista High res

Sesuai dengan namanya, wangian ENCHANTEUR Paris Fashionista dirumuskan khas bagi para gadis yang bijak bergaya dan mempunyai stail tersendiri dalam mencuri tumpuan selain bijak serta berkarisma ditambah dengan personaliti energetik.

Haruman ini dimulakan dengan nota atas bergamot dan buah markisah bagi membangkitkan momen riang, ceria dan romantik pada musim panas. Nota tengahnya pula mekar dengan bunga melur, freesia dan mawar. Bagi memberikan impak haruman berpanjangan, ia diakhiri dengan nota akhir berupa adunan ambar dan kayu araz yang memberi efek menggoda.

2. ENCHANTEUR Paris Glam

Princesse Mood Shots_Glam High Res

Wangian ENCHANTEUR Paris Glam pula sesuai untuk gadis remaja yang sering bersedia, berkeyakinan & punyai sisi tarikan tersendiri selain keyakinan menakjubkan dan menawan.

Haruman ini dimulakan dengan komposisi romantik daripada jalinan dan adunan nota buah-buahan beri merah, mangga ranum, nenas dan tembikai. Sejambak bunga mawar, muguet dan cempaka membentuk nota tengah yang indah manakala ciri menggoda ambar, kehangatan kayu araz dan aroma memikat kesturi mencipta nota asas.

3. ENCHANTEUR Paris Princesse

Princesse Mood Shots_Princesse high Res

Buat anda yang secara semulajadinya mempunyai aura keperibadian yang menarik, ENCHANTEUR Paris Princesse diciptakan khas untuk anda. Anda tahu diri anda penuh kasih sayang & menjadi idaman jejaka ‘kan?

Haruman ini penuh dengan kemewahan nota atas epal, cempaka dan pic berserta nota tengah yang merembeskan bauan flora eksotik kelopak melur dan freesia. Kesenadaan haruman flora dan buahan disempurnakan dengan percikan vanilla, kesturi dan minyak cendana melengkapkan penampilan anda.

A 264

Anda boleh mendapatkan barisan wangian ENCHANTEUR Paris terbaru ini di semua cawangan peruncitan utama, pasar raya, pasar raya besar serta farmasi dan kedai runcit pada harga RM17.90 untuk botol menarik 35ml. Untuk maklumat lanjut, layari www.enchanteur.com.my.