TERBARU

(CM) Mizz Nina Jual Cover Blackberry & iPhone Berharga RM1,480

Kredit Foto: Terima Kasih Jutaan Lemon Buat The Jessica T

Sebelum apa-apa, kami ada tag baru, CM yang membawa maksud Cerita Lama. Ia merujuk kepada kisah yang sudah berusia lebih 48 jam tetapi masih belum kami kongsikan.

Baru-baru ini, Cute Carry di’jemput untuk menghadiri majlis pelancaran album Mizz Nina di Zouk, KL & beliau berpeluang untuk melihat jualan sampingan Mizz Nina.

Mizz Nina yang mempunyai perniagaan sampingan dalam bidang fesyen tampil dengan rekaan cover untuk telefon bimbit Blackberry & iPhone versi mewah.

Cover keluaran Mizz Nina ini bukan calang-calang kerana bertatahkan batu kristal Swarovski asli. Berminat? Boleh dapatkan di Liberty, KLCC atau laman web rasmi Mizz Nina.

Gambar cover iPhone & Blackberry keluaran Mizz Nina selepas ini. Bling bling yo! Teruskan Membaca →

News Selebriti

(Gambar) Jika Fasha Sandha Bukan Seorang Selebriti Atau Diva

Jarang dapat kita lihat Fasha Sandha dalam persalinan yang hampir 100% menyerupai gadis kampung, dan tanpa make-up.

Dalam gambar yang di’rakamkan oleh seorang krew pengambaran, Fasha Sandha memang berbakat untuk kembali jadi anak kampung jika satu hari nanti industri hiburan sudah tidak memerlukan.

Note: Anda sudah tonton Inception? Jika belum, silakan & baca review penuh intelek dari Mr.Obefiend. Jangan pening.

Gambar Selebriti

Kerana Badi Peserta Bercerai, Sehati Berdansa Bakal Ditamatkan?

Sehati Berdansa pada hemat kami adalah satu-satunya program realiti televisyen yang berjaya mempengaruhi kehidupan peserta & pengacaranya di’luar program.

Dengan kisah cinta pengacara yang tidak kesampaian dua musim berturut-turut & kisah penceraian beberapa pasangan yang turut serta — Sehati Berdansa di’katakan bakal tinggal sejarah.

Namun, sebagai manusia yang hidup penuh rasional & logik, mungkin semua itu hanya kebetulan namun khabar program kegemaran ramai ini bakal berkubur bagai 99% benar.

Astro di’katakan sedang merancang sebuah program realiti yang berkonsep serupa tetapi kali ini menampilkan orang awam sebagai peserta.

Maka akan ada nanti sesi ujibakat untuk orang ramai menyertai program Sehati Berdansa versi biasa. Kepada yang gemar menari, start your music & practice your move now.

Hiburan News

Lagi Kelucahan Indonesia, Video Bogel Agnes Monica Pula Tersebar?

Ha ha! Apa punya sensasi tajuk sebagai comeback pertama kali selepas beberapa minggu tidak menulis di’sini. Sibuk bekerjaya orang-orang tua kata.

Harian Metro berjaya mengekalkan tradisi sebagai tabloid seks ternama Malaysia selepas memaparkan headline bertajuk ‘Video Bogel Agnes Monica’ hari ini.

Video bogel Agnes Monica yang di’katakan sedang tersebar luas di Indonesia itu memaparkan aksi seorang wanita mirip Agnes Monica yang sedang berendam tanpa sebarang pakaian lantas menampakkan bahagian dada.

Pengurus peribadi Agnes Monica, Chris menegaskan yang foto, gambar atau video bogel yang tersebar itu sama sekali bukan imej Agnes Monica.

Chris berkata tanda lahir Agnes Monica berbeza dengan wanita dalam video bogel berkenaan & juga Agnes Monica tidak mungkin memakai make-up ketika mandi.

Kalau anda sampai ke’sini untuk download sebarang 3GP berkaitan, lupakan sahaja. Kami sendiri belum sempat menonton. Oh nom nom!

News Selebriti Video