TERBARU

(Gossip) Suami Maya Karin Bersiap Balik Kampung, Hantar Notis Berhenti

Ini perkembangan terbaru kami terima tentang Steven Shorthose, suami Maya Karin yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara.

Menurut satu sumber yang bekerja satu tempat dengan Steven Shorthose, jejaka Liverpool England ini sudah menghantar notis berhenti kerja kepada pentadbiran Alice Smith International School.

Sumber juga ada menyebut yang Steven Shorthose kini sedang bersiap untuk pulang ke negara asal beliau. Jika ini benar, ini satu perkembangan yang kurang sihat buat rumahtangga Maya Karin.

Seperti umum sedia maklum, Maya Karin sendiri mengakui yang rumahtangga beliau sedang menghadapi masalah beberapa minggu lalu.

Namun apa yang kami lihat, Maya Karin nampaknya semakin rancak di’lihat bersama selebriti bujang lain seperti Remy Ishak & Farid Kamil.

Bukankah sekarang masa yang lebih baik untuk Maya Karin luangkan lebih banyak masa & tenaga buat suami tercinta?

Mungkin dengan cara itu mereka boleh cari jalan penyelesaian untuk selamatkan rumahtangga mereka.

Gossip Selebriti

(Video) Unchained Melody versi Aizat & Uncle Khalid, The Awesome Duet

Pasti ramai tanya siapa Uncle Khalid? Kami juga kurang pasti bagaimana pertalian saudara antara Aizat dengan Uncle Khalid, namun keluarga mereka nampak rapat.

Maafkan kami jika sumber maklumat kami kurang tepat namun yang pasti video duet mereka berdua ini boleh masuk kategori epik.

Aizat yang baru sahaja memenangi anugerah penyanyi lelaki paling popular selalu kita nampak membuat persembahan atas pentas, bukan lantai rumah.

Ini peluang anda semua untuk lihat persembahan Aizat & Uncle Khalid secara santai. Dengarkan Unchained Melody versi mereka selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Selebriti Video

(Gossip) Bebas Tuduhan Rasuah, Abu Bakar Kassim Beli Nombor Ekor?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Rasanya tidak sampai 3 bulan kisah Abu Bakar Kassim terlepas tuduhan rasuah, hari ini ada kes berkaitan ‘salah guna’ wang lagi.

Kali ini bukan melibatkan wang orang lain, tetapi salah guna wang sendiri untuk membeli nombor ramalan.

Seorang peminat hiburan memberitahu yang beliau sedang memandu di’tengah kawasan sibuk sebelum mata terpandang ke dalam sebuah kedai agensi nombor ramalan.

Terkejut bukan kepalang apa bila peminat ini ternampak satu wajah yang begitu familiar sekitar tahun 90′an. Dengan imej misai melintang aktor ini, siapa tidak kenal.

Aktor veteran yang terkenal melalui drama Opah ini di’katakan baru sahaja keluar dari kedai tersebut sambil meneliti tiket yang (mungkin) beliau beli.

Kalau mahu di’ikutkan, bukan sedikit orang Melayu yang turut serta bermain nombor ramalan ini. Ramai juga kenalan rapat kami yang menggunakan kenalan berbangsa lain untuk beli nombor.

Kalau’lah Abu Bakar Kassim ini orang biasa, pasti tiada siapa peduli. Kita tunggu sahaja mana-mana krew terjah rasmi Malaysia untuk dapatkan jawapan.

Gossip Selebriti

Supermodel Malaysia, Aleeza Kassim Cerai Talak Satu Sejak Februari

Sedikit mengejutkan berita yang kami baca di Harian Metro hari ini. Seingat kami, tiada pun desas desus mengatakan Aleeza Kassim bercerai yang sampai ke telinga kami.

Namun itulah yang selalu orang kata, jika sudah tiada jodoh, apalah sangat yang boleh kita lakukan. Aleeza Kassim di’ceraikan dengan talak satu Februari lalu di Hyatt Saujana, Subang Jaya.

Bekas suami Aleeza Kassim, Mohd Fauzi Che Ros merupakan seorang ahli perniagaan dan mereka berdua berkahwin pada 16 Julai 2006.

Aleeza Kassim yang juga memiliki Akademi Peragaan Aleeza Kassim menegaskan yang perpisahan beliau dengan suami tiada kaitan dengan orang ketiga.

“Suami menceraikan saya pada Februari lalu atas masalah yang berpunca daripada kami berdua. Namun, biarlah masalah itu menjadi rahsia kami”

Kami doakan yang Aleeza Kassim & suami tabah dengan dugaan ini. Mereka sedang menunggu keputusan kes mereka dari mahkamah 21 April ini.

News Selebriti

Suatu Masa Dahulu, Zarina Zainuddin Jadi Model Kalendar 1993

Bangun lewat di’hujung minggu kerana bekerja malam membuatkan kami terlepas gossip dunia hiburan awal pagi.

Maka sebagai ganti, kita naik mesin masa ke tahun 1993 di’mana artis Melayu seksi sebagai model kalendar adalah perkara biasa.

Nama Zarina Zainuddin sememangnya menjadi topik besar dunia hiburan sepanjang 1992.

Dalam tahun 1993 pula terdapat usaha mengharamkan semua hasil lakonan beliau daripada ditayangkan.

Pada Januari ’93, majalah Media Hiburan memulakan edisi tahun baru dengan menghadiahkan poster kalendar besar (4 x mukasurat majalah) ini kepada para pelanggan mereka.

Jangan anggap siaran entri ini berniat untuk mengaibkan sesiapa, ini sekadar mengimbau nostalgia dunia hiburan yang sebenarnya lebih terbuka.

Kami tertanya-tanya apa Zubir tulis hujung minggu sebegini. Masihkah ada lagi selebriti yang di’anggap sombong kerana tidak menegur beliau.

Gambar besar Zarina Zainuddin sebagai model kalendar tahun 1993 selepas ini. Terima kasih buat Arkib Negara. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar Selebriti