TERBARU

Zizan Nin Tidak Benarkan Orang Awam Rakam Gambar Beliau

Ini lebih kepada luahan peribadi berbanding sifat sebenar Zizan Nin sendiri. Kami percaya Zizan Nin lebih baik daripada apa yang salah seorang staff kami alami.

Malam tadi, salah seorang jurukamera kami ke Mid Valley kerana mengetahui yang ada majlis pelancaran siri kosmetik baru keluaran jenama antarabangsa.

Dengan tanggapan akan hadir barisan selebriti untuk memeriahkan acara, staff kami pergi untuk mengambil gambar & mungkin temubual ringkas dengan sesiapa yang ada.

Kami kan publikasi kecil, siapa pun kami ketemu boleh kami jadikan cerita. Kebetulan, memang pertemuan staff kami dengan Zizan Nin menimbulkan cerita baru.

Ketika Zizan Nin sedang sibuk berurusan dengan salah seorang wartawan sebenar, staff kami cuba untuk mengambil gambar ala paparazzi.

Selepas kami dapat sekeping gambar, Zizan Nin kelihatan mahu beredar ke tempat lain bersama wartawan tersebut & sempat bertanyakan staff kami datang dari majalah mana. Teruskan Membaca →

News Selebriti

Satu Lagi Band Kita Ke UK, Couple Bakal Gegar Bumi Eropah

Tajuk di’atas sebenarnya sering di’gunakan akhbar arus perdana. Kami publikasi yang kecil ini pun mahu turut serta.

Pagi ini kami menerima e-mail dari Fad Manaf yang merupakan salah seorang orang kuat di’belakang pembangunan scene indie Malaysia.

Jika tahun lepas, orang yang sama membawa Estrella & Seven Collar T-shirt ke United Kingdom, kali ini mereka membawa sebuah lagi band berpengaruh tempatan, Couple.

Mereka juga pernah membawa Hujan ke United Kingdom sekitar tahun 2008. Usaha mereka nampaknya berterusan kali ini.

Jika anda tertanya-tanya siapa mereka ini, mereka adalah Kugiran Negara ke UK Enterprise (KNUKE), yang bermatlamat menaikkan imej muzik Malaysia ke’mata dunia.

Couple akan memulakan persembahan mereka di UK bermula 19 Mac ini di Students’ Union, University of Manchester.

Jika ada pembaca kami yang berada di UK & berminat untuk menonton salah satu band hebat dari Malaysia ini, boleh dapatkan maklumat lanjut tentang tiket melalui lawan web rasmi KNUKE.

News Selebriti