Kini Anda Boleh Katakan Hello Kepada Fasha Sandha Di Twitter

Jika anda masih belum ada akaun Twitter & anda merupakan kipas susah mati kepada Fasha Sandha, ini masa terbaik untuk daftar satu — kerana Fasha Sandha sekarang ada di’Twitter.

Fasha Sandha yang kita kenali dengan pelbagai gossip nakal & panas baru sahaja mendaftarkan diri di’Twitter awal bulan ini dan masih belum mempunyai ramai pengikut.

Selepas ini, lebih pantas Fasha Sandha boleh menangkis sebarang gossip dengan hanya melalui Twitter. Jangan pula selepas sebulan dua senyap tanpa updates.

Tunggu apa lagi? Ikuti Fasha Sandha di @NurFashaSandha & jangan lupa juga ikuti stream Twitter kami untuk gossip Fasha Sandha yang terkini, @RotiKaya.

(Gossip) SKMM Haramkan Penyiaran Terjah!, Ini Malam Terakhir?

Akhirnya, perjuangan krew Terjah untuk menjadi rancangan paling kejam dalam sejarah industri hiburan Malaysia terbantut.

Kenyataan tidak rasmi dari seseorang yang banyak terlibat dengan aktiviti belakang kaca televisyen membayangkan hayat Terjah bakal berakhir malam ini.

Kami tidak mahu mengulas lanjut apa sebab musabab SKMM haramkan TV3 dari terus menerbitkan program ini, anda sendiri sudah tahu.

Cuma kami mahu pendapat anda dalam bentuk undian, benarkah Terjah menyumbang kepada kepada keruntuhan industri seni tanah air?

Terjah Menyumbang Kepada Keruntuhan Industri Seni Malaysia?

View Results

Loading ... Loading ...

(Video) Alam Fantasi Ilham Yusry KRU Buat ‘Ku Bukan Aku’ Tilu

Kami ada satu pengakuan untuk kami dedahkan. Kami jatuh cinta sama ini lagu ala-indie dari Tilu, Ku Bukan Aku.

Ada orang kata nyanyian vokalis Tilu ini mirip lenggok nyanyian Yuna & kami berpendapat jauh panggang dari api. Jika ada persamaan pun, apa salahnya, lagu ini awesome!

Untuk menambahkan perisa lagu ini, mereka tampil dengan sebuah video klip arahan Yusry KRU yang bertemakan fantasi ala Alice in the Wonderland.

Walaupun jalan cerita video klip ini tiada kena mengena dengan cerita lagu, ia masih sebuah video klip yang baik. Ini bukan gossip.

Sesekali apa salahnya kami buat promosi untuk artis-artis yang baru hendak bernafas dalam dunia seni ini. Nanti sudah kaya raya, jangan lupakan media sudah ye Tilu.

Video klip rasmi ‘Ku Bukan Aku’ arahan Yusry KRU, dendangan kumpulan Tilu selepas ini. Seperti biasa, enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Dr Fazley & Anak Kedua, Fieradz di Prince Court Medical

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Jika orang seperti Fazley berkata beliau menerima kelahiran bayi kedua di’sebuah hospital swasta terkemuka di’ibu negara, mana lagi kalau bukan Prince Court Medical Centre.

Fazley yang kini berusia 32 tahun baru sahaja menimang cahayamata kedua belai bersama isteri tersayang, Azrene Soraya seminggu yang lalu.

Bayi comel ini lahir dengan berat 2.8 kilogram dan telah di’beri nama ringkas oleh pasangan suami isteri bahagia ini, Fieradz.

Menurut Fazley sendiri, beliau dengan sengaja memanggil nama timangan anak beliau ini sebagai Piyash, versi manja untuk Fieradz.

Tahniah kami ucapkan buat Fazley & isteri serta seluruh kaum keluarga. Terharu lihat Fazley yang tidak sorok-sorok anak kepada peminat.

(Kantoi) Bekas Rakan Kerja Kata Riz AF6 Hanya Jaga Kaunter MAS

Kasihan pula kami lihatkan Riz AF6 ini. Baru sahaja mahu kelihatan kool bergambar bersama Ferrari milik orang lain, sudah kantoi membuat kenyataan palsu.

Al-kisahnya, Harian Metro beberapa hari lalu menulis tentang kegilaan Riz AF6 terhadap kereta mewah & sudah pun memiliki sebuah kereta BMW.

Bercerita tentang sejarah pembelian kereta itu, Riz AF6 menyebut yang sebahagian duit datang dari hasil simpanan semasa bekerja sebagai pramugara dahulu.

Seorang bekas rakan sekerja beliau tampil membuat penafian yang Riz AF6 pernah bekerja sebagai pramugara.

Menurut individu yang masih rahsia identiti’nya ini, Riz AF6 hanya bekerja di’kaunter tiket MAS, bukan di’awangan tinggi.

Tidak mengapalah jika benar Riz AF6 hanya bekerja sebagai penjaga kaunter, tiada siapa kisah pun sebenarnya. Kenapa perlu bohong peminat ‘kan?

12345