TERBARU

(Gambar) Isteri Mula Risau Aaron Aziz Semakin Popular & Digilai

Perempuan mana yang tidak mahu gilakan lelaki sekacak Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi jika mengetahui yang Aaron Aziz adalah seorang family man.

Isteri aktor kacak yang semakin meningkat naik ini, Diyana Halik mula meluahkan rasa risau beliau terhadap situasi ini.

Diyana bukan setakat risaukan populariti Aaron Aziz tetapi juga risaukan ketampanan suami tersayang.

Mungkin kerisauan Diyana mula terbit selepas Aaron Aziz menjadi duta kecantikan untuk L’Oreal & imej melalui iklan menunjukkan yang Aaron Aziz memang layak di’gelar lelaki terkacak Malaysia.

Ramai yang kurang kenal akan wajah isteri Aaron Aziz mahu pun keluarga beliau. Gambar selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

Pemain Bola Sepak Intai Tiz Zaqyah & Sebalik Tabir Iklan Silkygirl

Lama sebenarnya kami tunggu untuk gunakan gambar Tiz Zaqyah di’atas, namun hari ini ada modal cerita untuk kami tulis.

Dalam sebuah majalah hiburan keluaran terbaru, seorang wartawan ada menulis tentang seorang pemain bola sepak negara yang kini sedang menaruh minat terhadap Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah memberi response yang agak selamba bertanyakan siapakah gerangan pemain bola sepak tersebut, mahu juga beliau berkenalan.

Tiz Zaqyah juga memberitahu beliau tidak keberatan untuk di’gandingkan dengan jejaka tersebut untuk sessi fotografi pada masa hadapan.

Berkenaan sebalik tabir iklan Silkygirl, selepas ini anda akan menikmati dua keping gambar rare yang menunjukkan kehadiran Tiz Zaqyah dalam iklan tersebut.

Tiz Zaqyah nampak kecil & comel (tidak lupa juga, seksi!) berbanding model-model yang lain. Enjoice! Teruskan Membaca →

Gambar News Selebriti

(Gambar) Inikah Kereta Super Mewah Lamborghini Milik Yusry KRU?

Siapa tonton episod terbaru AC? di Astro Ria? Yang mana antara selebriti jemputan adalah kumpulan KRU & pemain Yo-Yo terbaik Malaysia.

Ada satu soalan yang di’kemukan oleh AC Mizal tentang kereta yang sedang di’guna oleh trio adik beradik ini.

Yusry KRU menjawab dengan penuh rendah diri yang kini beliau sedang memakai sebuah kereta ‘kepala lembu’.

Faham akan kiasan Yusry KRU yang maksudkan ‘kepala lembu’ sebagai jenama kereta super mewah Lamborghini, kami mulakan pencarian kereta milik beliau di’internet.

Seorang peminat kereta di sebuah forum kereta (semestinya) menghantar gambar ini yang didakwa sebagai Lamborghini milik Yusry KRU.

Norman KRU juga di’khabarkan kini sedang memandu sebuah kereta mewah Ferrari Spyder. Ini baru ahli perniagaan berwawasan.

Gambar Selebriti

Cara VIP Memikat: Jet Peribadi Untuk Jelitawan Rozita Che Wan

Hampir tercekik bebola ikan bila kami baca tajuk berita hari ini.

Rozita Che Wan di’tawarkan penerbangan ke luar negara dengan jet peribadi untuk menemani VIP.

Rozita Che Wan yang di’temubual wartawan Harian Metro mengakui yang beliau ada menerima tawaran luar biasa itu.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengaku pernah di’tawarkan wang ringgit tanpa had jika bersetuju untuk menemani seorang VIP makan malam selama dua jam.

Jika di’lihat kepada tugas & wang ringgit yang di’sogok, ianya nampak mudah namun Rozita Che Wan bukan murah maruahnya.

Selain Rozita Che Wan, penyanyi Alyah juga pernah di’tawarkan RM35,000 untuk menyanyikan dua buah lagu dan menemani seorang VIP sehingga jam 5 pagi.

Abby Abadi pula pernah di’ajak untuk minum teh bersama seseorang di Eropah selain menerima tawaran melancong bernilai ratusan ribu ringgit.

Senang betul jutawan Malaysia leburkan duit semata-mata untuk bersama selebriti jelita Malaysia.

Kami yakin, ada sebenarnya selebritiyang kabur mata menerima semua tawaran yang ada, cuma mereka bijak bersembunyi.

News Selebriti

(Video) Persembahan Sulung Natasha Hudson di Konsert Cosmic Alibi

Nampaknya seorang lagi pelakon & model terjun ke dunia nyanyian semata-mata meluaskan peluang & bakat yang ada.

Terbaru, Natasha Hudson yang sebelum ini kita kenal melalui kontroversi & lakonan beliau, membuat persembahan sulung beliau.

Melalui Konsert Cosmic Alibi malam kelmarin, Natasha Hudson membawakan sebuah lagu bertajuk ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ hasil ciptaan Natasha Hudson sendiri bersama Cat Farish.

Namun menurut mereka yang ada di’konsert itu, gaya nyanyian & lagu Natasha Hudson banyak di’pengaruhi oleh muzik Natalie Imbruglia.

Menurut Natasha Hudson, beliau sebenarnya sudah ada perancangan untuk menerbitkan album sejak beberapa tahun dahulu.

Namun kerjasama beliau bersama Cat Farish tertangguh sehinggalah ke hari ini. Video nyanyian Natasha Hudson selepas ini. Teruskan Membaca →

Selebriti Video