Jangan Lupa Tonton Evolusi KL Drift 2 Bermula 25 Mac Ini!

E-mail Us: hi@rotikaya.com

Bermula 1 Februari, Chef Wan Bakal Bergelar Datuk Chef Wan

January 31, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

Akhirnya orang yang selebihnya layak berbanding Shah Rukh Khan untuk menerima gelaran, terima gelaran yang setimpal.

Chef Wan yang kita kenali sememangnya seorang yang peramah & sikap beliau itu banyak membantu menaikkan karier beliau sebagai chef selebriti.

Kemuncaknya, tahun lalu Chef Wan di’anugerahkan sebagai selebriti chef terbaik dunia & ketika itu’lah rasanya Chef Wan juga patut terima gelaran Datuk seperti sekarang ini.

Bermula esok (1 Februari 2010), Chef Wan akan membawa gelaran Datuk yang di’kurniakan oleh Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia.

Menurut sumber, ini bukanlah satu-satunya tawaran kurniaan Datuk yang Chef Wan terima malah 4 kali sebelum ini & semuanya di’tolak kerana belum bersedia untuk membawa gelaran tersebut.

Setinggi-tinggi tahniah untuk Chef Wan atas anugerah ini & semoga karier Chef Wan akan terus cemerlang serta membawa nama baik Malaysia lebih jauh di’mata dunia.

Kita tunggu sahaja Chef Wan bergelar datuk kepada anak Serina Redzuan. Pasti lebih bermakna saat itu.

(Video) Gadis Melayu Berbikini Dalam Video Klip Terbaru Joe Flizzow?

January 31, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Videos

(Terima Kasih Kepada Mr.Obefiend. Sila Lawat Blog Yang Amat Serius & Harian Metroll)

UPDATE (31/1/2010) – Seorang pembaca memaklumkan yang model cun dalam video klip ini adalah Sarah Lian & meminta anda menyokong usaha murni Joe Flizzow memberi nafas baru ke’dalam scene hip hop Malaysia. Yo!

Presiden scene hip hop Malaysia nampaknya memang mahu membawa 100% elemen muzik itu dari barat.

Berkali-kali kami tonton video terbaru Joe Flizzow untuk lagu ‘Do It, Duit’ ini, banyak gerak gaya Joe Flizzow mirip Jamie Foxx.

Namun mesej keseluruhan video ini masih berkisarkan kemewahan walaupun kami percaya duit dalam poket beliau (untuk video ini) tidak’lah semewah mana.

Satu perkara yang menarik perhatian kami adalah kehadiran salah seorang model wanita yang kami sendiri kurang pasti siapa.

Melihatkan kepada raut wajah & perwatakan gadis ini, tidak salah kami katakan yang beliau datang dari bangsa Melayu sendiri — namun berbikini dalam lagu anak Melayu.

Bukan sesaat dua imej berbikini gadis ini di’dedahkan, malah berulang di’beberapa lokasi ‘mewah’ termasuk di’atas kapal layar entah milik siapa.

Layankan video klip terhangat ‘Do It, Duit’ Joe Flizzow selepas ini. Enjoice! Read more

AF8: AC Mizal Tekad Lupakan Akademi Fantasia, Tumpu Pada Perniagaan

January 29, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, News

Kepada peminat Akademi Fantasia yang mahukan perubahan kerusi panas pengacara, ini ada satu berita baik.

Rabu lalu, dalam satu kenyataan tidka rasmi AC Mizal melalui Facebook, beliau meluahkan hasrat untuk tidak menjadi pengacara Akademi Fantasia musim ke-8.

AC Mizal yang memang di’akui oleh ramai pihak gagal menyaingi persona Aznil Hj Nawawi antara calon di’sebut-sebut untuk terus menjadi pengacara program realiti terbitan Astro ini.

Namun, AC Mizal yang kini sedang giat menjalankan perniagaan melalui AC Konsortium Sdn Bhd telah tekad meninggalkan Akademi Fantasia.

Dalam kenyataan yang sama juga, AC Mizal menyebut yang beliau sudah tiada apa untuk di’buktikan di Akademi Fantasia & ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan.

Kini, antara nama yang di’sebut-sebut sebagai pengganti AC Mizal adalah Sarimah Ibrahim, Reza Mohamad & Aznil Hj Nawawi sendiri.

Siapa pun yang menjadi pengacara AF8 nanti, pasti satu tugas besar mengembalikan keceriaan Akademi Fantasia harus di’laksanakan.

(Gossip) Zack New Boyz Hidup Mewah Kerana Jual Dadah?

January 28, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities, Gossip

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Macam tidak percaya namun ada beberapa sumber yang mengesahkan artis yang di’sebut dalam akhbar hari ini adalah Zack New Boyz.

Harian Metro hari ini melaporkan yang seorang artis berkumpulan berusia awal 20-an di’serbu bersama bungkusan dadah hampir satu kilogram.

Turut menemani artis itu dalam kondominium Suria Damansara adalah tiga orang gadis muda yang bersikap biadap terhadap pegawai polis yang melakukan serbuan.

Artis ini di’dakwa memiliki 2 buah kereta sport hasil jualan dadah ini & kebetulan Zack New Boyz memiliki sebuah Mitsubishi Lancer GT yang sebenarnya pada kami belum jatuh dalam kategori sport.

Zack New Boyz juga di’katakan tinggal bersama keluarga beliau di’sebuah kondominium lima bintang di Kuala Lumpur & mampu memberikan modal kepada isteri beliau untuk membuka saloon sendiri.

Menurut sumber orang awam, dua ‘kakitangan’ Zack New Boyz sebelum ini pernah di’tangkap pihak polis tetapi artis suam-suam kuku ini masih bernasib baik.

Kita tunggu sahaja kes ini masuk mahkamah untuk tahu jika benar atau tidak Zack New Boyz adalah orang yang di’maksudkan.

(Undian) Pelakon TV Wanita Popular Pilihan Pembaca RotiKaya

January 25, 2010 by RotiKaya Staff  
Filed under Celebrities

Hari ini hari Isnin dan kami faham ada antara anda tengah pening kepala dengan tugasan pejabat atau masih dalam mood hujung minggu.

Oleh kerana itu kami wujud & anda boleh mengundi Pelakon TV Wanita kegemaran anda sebagai alterbatif kepada undian melalui surat khabar.

Sebelum ini, kita telah mengundi untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan pemenangnya adalah Lisa Surihani dengan 364 undi dari 985 undian (dari entah berapa ramai pengundi).

Untuk kategori kali ini, kami rasa semua orang sudah boleh agak siapa pemenang’nya berdasarkan fenomena drama tahun 2009.

Tetapi tidak mengapa, undian harus di’teruskan dan jika anda rasa pelakon kesayangan anda patut menang, anda boleh mengundi lebih dari sekali. Go!

Siapakah Pelakon TV Wanita Popular Pilihan Anda?

View Results

Loading ... Loading ...

Next Page »

Blog Widget by LinkWithin